Hai and Assalamualaikum.
Hari nie aku xtahu kenapa aku TERbuka blog.
so, alang2 kan..aku rasa baik aku update jela terus.
dah lama dah blog nie berhabuk.
Haa, korang tau ape itu maksud berubah?
bagi aku berubah adelah bertukar, berhijrah.
sama seperti diri aku yang sekarang nie la.
Pada pendapat aku, kita xboleh berubah dengan cara yang sangat drastik.
sebagai contoh, dulu masa aku form 3.
aku pernah berniat untuk berubah.
aku pakai hand guts ke sekolah.
tapi entah macam mana, aku rasa panas and aku buang macam tu je.
aku tau bunyi macam keimanan aku sangat lemah.
Aku bukan la seorang yang alim.
xpi aku xmeletakkan bahawa orang yang menjaga aurat dia, adelah orang yang sangat warak.
kalau camtue, ramai kot pakai hand guts xpi lengan pendek belaka..kan?
tengok la dunia sekarang, kalau xpercaya.
Tapi sekarang, bila aku fikir balik.
kenapa susah untuk aku berubah?
aku bukan perlu berubah secara drastik.
ia sebenarnye satu peringkat yang aku rasa ramai dah lalui xpi xpernah perasan.
Hand guts.
ramai orang dah pernah pakai. nak2 mereka yang berlengan pendek and memakai hand guts.
can't you see?
dulu aku masa sekolah rendah, aku pakai baju lengan pendek selambe jer.
xde rasa bersalah langsung.
xpi bila ade event kat sekolah yang berkaitan dengan baju sukan, aku memang xde stok.
so, kena beli hand guts and pakai dengan baju lengan pendek.
selesai masalah.
Lepas dah biasa dengan hand guts.
aku dah masuk sekolah menengah segala bagai.
semestinye aku ade banyak baju lengan panjang.
and aku xperlu dah pakai hand guts.
xpi know what, lengan panjang pun, aku sisingkn balik bahagian lengan.
jadi sekerat pulak.
Xpi satu hari tu, aku terkena dengan sorang budak laki kelas aku.
dia cakap, kenapa perempuan susah nak menjaga aurat dia? sambil tengok lengan aku yang separuh terdedah.
aku cepat2 baiki balik bahagian lengan baju aku.
Aku malu. malu. dan malu.
Ya Allah. hinanya diri aku ini.
Sampai aku terfikir, bila lagi aku nak berubah kalau bukan sekarang?
kenapa aku perlu meletakkan orang yang memakai hand guts nie adelah orang yang warak atau alim?
itu bukan satu gelaran khas untuk orang yang sememangnya ingin menjaga aurat.
kenapa melewatkan seruan Allah?
Allah menyuruh kita menjaga aurat.
yer!
kita boleh cakap, aku pakai tudung bawah dada..can't you see, huh?
YES..I see..
BUT!
Aurat bukan bermakna tudung bawah dada sahaja!
aurat adelah bila mana segala bahagian yang Allah perintahkan untuk di jaga dan hanya muka dan tapak tangan sahaja yang dibolehkan.
maka, kaki lengan, and every part yang Allah perintahkan untuk dijaga, maka JAGALAH!
Allah menyuruh kita menjaga aurat. bukan memakai tudung sahaja.
itu adelah cara menutup aurat rambut dengan memakai tudung.
macam mana dengan aurat lengan? nak sising lagi lengan baju? nak dedah kat orang?
panas ke? ingat! panas lagi neraka Allah.
Allah beri kita segala-galanya.
kenapa tidak kita beri kepada Allah segala-galanya juga?
Kenapa susah? itu Allah. Tuhan kita. Maha Pencipta,
jagalah aurat. sedangkan syaitan takutkan Allah. kita xtakut Allah ke?
ingat la, kita bernafas hari ini kerana Allah.
kita diberi muka yang comel, indah, kerana Allah.
Bukan nak paksa korang pakai hand guts, stoking..
xpi ingin sedarkan korang.
Aurat itu maruah kita.
ramai yang pandang remeh hal yang berkaitan dengan agama.
Aku pernah terfikir, aku solat, aku mengaji, aku hormat ibu bapa.
xpi macam mana dengan Allah?
aku tak jaga aurat aku. aku dedah lengan aku. aku dedah kaki aku.
aku dedah bahagian yang Allah perintahkan aku untuk dijaga dengan baik.
Ya Allah. aku mohon padaMu. bukakan lah hati pembaca ini untuk menjaga auratnya.
Bukan meminta menjadi alim. xpi mengharapkan kepatuhan dan ketaatan kepada Yang Maha Esa.
sebab tu, sesiapa yang pakai baju lengan panjang, perlu jugak pakai hand guts.
bagi mengelakkan aurat terdedah.
kita takkan perasan bila akan sisingkan lengan baju kita kan?
so, better prepare kerana Allah.
Sebab itu aku cakap, kita sudah jalani proses dari setiap peringkat.
dari baju lengan pendek.
kemudian pakai hand guts.
kemudian pakai baju lengan panjang.
kemudian pakai baju lengan panjang bersama hand guts pulak.
Indahnyee Ya Allah :)
sama2 lah kita berubah kerana Allah.
hidup akan sia2 jika tiada niat kerana Allah :)
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment